Catatan

KESAN PENINGGALAN PENJAJAHAN TERHADAP TANAH MELAYU

Imej
PORTUGIS DI TANAH MELAYU Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.  EKONOMI: Portugis telah menyerang Melaka pada 1511 M. Portugis merupakan Negara Eropah pertama yang sampai ke Pulauan Melayu. Tujuan Portugis bertapak di Kepulauan Melayu khususnya di Melaka adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang sebelum dikuasainya oleh pedagang-pedagang dari Itali. POLITIK: Orang Portugis mengetahui pentingnya Melaka sebagai pu

BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

Imej
TUGU NEGARA Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Imej
MAHATHIR MOHAMAD PROFIL: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad  dilahirkan pada 10 Julai 1925  ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia  keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Di dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.Beliau yang cukup dikenali dengan "Tun. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Jul