KESAN PENINGGALAN PENJAJAHAN TERHADAP TANAH MELAYU


PORTUGIS DI TANAH MELAYU


Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’. 

EKONOMI:
  • Portugis telah menyerang Melaka pada 1511 M. Portugis merupakan Negara Eropah pertama yang sampai ke Pulauan Melayu. Tujuan Portugis bertapak di Kepulauan Melayu khususnya di Melaka adalah untuk menguasai perdagangan rempah yang sebelum dikuasainya oleh pedagang-pedagang dari Itali.


POLITIK:
  • Orang Portugis mengetahui pentingnya Melaka sebagai pusat perdagangan. Albuquerque membina sebuah kota di Melaka yang di beri nama Kota A'Famosa. Portugis dengan segera menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu, Cina, Siam dan juga penduduk dari Sumatera. Tujuannya untuk memulihkan perdagangan yang terganggu akibat dari perang Portugis-Melaka. Selain itu Portugis cuba membolot perniagaan rempah.


SOSIAL:
  • Selain perdagangan, satu lagi sebab penting yang mendorong orang Portugis meluaskan pengaruhnya ialah kerana agama. Orang Portugis ingin mengembangkan agama meluk Kristian Katolik. Mereka juga memaksa orang-orang Melayu memeluk agama Kristian di samping menikai perempuan-perempuan Melayu secara paksaan.Wujudnya Melayu-Riau di Johor serta penggunaan almari,tuala,grafu dan lain-lain.

BANGUNAN PENINGGALAN PENJAJAHAN PORTUGIS: 



BELANDA DI TANAH MELAYU

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.


EKONOMI:
  • Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.


JEPUN DI TANAH MELAYU


EKONOMI:
  • Matlamat Jepun untuk menguasai Tanah Melayu ialah untuk mengesploitasi bahan-bahan mentah dan meluaskan pasaran.Hasrat ini tidak tercapai kerana perang yang berlarutan dan terpaksa menghadapi sekatan ekonomi Barat. Tambahan pula jalan perhubungan darat banyak yang musnah kerana semasa British berundur, mereka mengamalkan dasar bumi hangus. Banyak lombong dan peralatan dimusnahkan. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu menghadapi tekanan ekonomi.Inflasi meningkat kerana Jepun mencetak wang tanpa kawalan. 65 juta wang diedarkan dalam masa dua bulan dan 285 juta wang kertas diedarkan sehingga Februari 1943. Jepun juga cuba memonopoli ekonomi Tanah Melayu. Permit-permit perniagaan dikeluarkan oleh pentadbiran tentera bagi memastikan syarikat-syarikat Jepun diberi layanan istimewa.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA